“Lawak…”- Baru nak nyanyi depan Ajai, gelagat DSV kena ‘tolak’ Mas Idayu cuit hati warganet

Rancangan Big Stage 2022 nampaknya cukup meriah juga apabila dijurikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer popular, Ajai yang mana setiap kali habis persembahan peserta, markah dari mereka antara yang dinanti-nantikan oleh penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Tak kurang juga, kerusi juri pedas diisikan oleh penyanyi terkenal, Mas Idayu manakala Presiden Netizen pula oleh usahawan Datuk Seri Vida atau turut popular dengan panggilan DSV.

Nampaknya baru-baru ini pula, telatah Ajai, DSV dan Mas Idayu membuatkan warganet terhibur apabila satu perkongsian di aplikasi TikTok mengundang ketiga-tiga juri rancangan Big Stage itu mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, DSV yang mana perangai lucunya yang sering menghiburkan warganet sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila dia berbual bersama Ajai dan Mas Idayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)


Namun begitu, apa yang lebih melucukan pula belum sempat DSV menyanyi dihadapan Ajai, dia ditolak oleh Mas Idayu dimana gelagat mereka mencetuskan gelak tawa ramai dengan perangai sporting mereka ini.

Perangai lucu DSV bagaimanapun turut ‘dihujani’ dengan bermacam-macam reaksi terhibur oleh warga TikTok yang mana dia yang sering menghiburkan ramai ini mengundang video tersebut juga meraih perhatian ramai dengan ribuan tanda suka ditinggalkan.

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber :HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*