Adik mengaku curi telefon, tapi kakak salahkan pemilik pula sebab lalai

Sejak pagi tadi, tular satu rakaman video menunjukan seorang wanita mengambil sebuah telefon bimbit yang tertinggal di kaunter kios makanan.

 

Video itu dimuat naik oleh seorang wanita yang juga pemilik kepada telefon di Twitter miliknya dikenali sebagai @tatarowk kerana khuatir data pelanggan insurans hilang serta memerlukan dokumen perjalanan ke umrah yang disimpan didalam telefon tersebut.

Selepas hampir beberapa jam mencari dan mengesan individu yang mengambil telefon bimbitnya, pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Nalissa Azmee telah berjaya mendapatkan semula telefon tersebut atas bantuan pihak berkuasa serta kuasa viral.

Mengaku mencuri dan niat nak jual

Hal tersebut dijelaskan sendiri wanita itu di akaun Instagramnya disamping mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu.

 

Individu yang mencuri juga telah mengaku salah dan memang berniat mencuri serta mahu menjual telefon tersebut merujuk kepada kondisinya.

 

Nalissa sempat menjelaskan yang semua data dalam telefonnya sudah hilang dan menganggap ia bukan rezeki namun bersyukur kerana mendapatkan semula telefon tersebut serta mengetahui siapa yang mencurinya.

Pemilik telefon pula dituduh pelupa & lalai

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang mendakwa dirinya kakak kepada pencuri itu telah meninggalkan komen di salah satu posting berkenan kehilangan telefon tersebut dengan menyalahkan semula pemilik.

 

Dalam komen tersebut dia mengatakan yang adiknya telah pulangkan telefon tersebut dan meminta Nalissa Azmee memakan lebih banyak kismis kerana lalai dalam menjaga telefon sendiri.

Kakak pencuri bengang video tak dipadam lagi

Tak hanya itu, wanita tersebut turut memaklumkan yang mereka sekeluarga merupakan iphone users dan sudah menghubungi pemilik untuk memulangkan telefon itu namun menunda pertemuan kerana mahu berjalan-jalan terlebih dahulu.

 

Bengang dituduh seperti itu, pemilik telefon tersebut menyelar komen wanita itu dengan meminta orang ramai tidak mempercayai tuduhan kakak kepada perempuan yang mencuri telefonnya.

Walau bagaimanapun, kes kehilangan telefon bimbit telah selesai susulan mereka bertemu di balai polis.

 

Seperti yang ditulis oleh pemilik telefon berkenaan, ramai pihak telah membantunya sehinggalah kes tersebut viral dan mendapat perhatian ramai.

 

Sumber: Twitter @Nalissa Azmee, Instagram Nalissa Azmee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*