“Saya Kehilangan Satu Inci Setengah” – Bekas Pesakit Covid-19 Dakwa Z@k*r Makin Mengecil? Ouch

Mengejutkan apabila ada dakwaan mengatakan alat kelamin lelaki atau zakar mengecut selepas dijangkiti virus COVID-19.

 

Menurut laporan Mashable SEA, seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang menjadi tetamu di ‘podcast’ kesihatan seksual ‘How To Do It’ berkata, zakarnya menjadi lebih pendek selepas pulih daripada COVID-19.

Jelas lelaki tersebut, selain daripada itu, dia juga mengalami beberapa masalah termasuk mati pucuk atau erectile dysfunction (ED)

 

“Zakar saya telah mengecut. Sebelum saya sakit, saya berada di atas purata – tidak besar, tetapi pastinya lebih besar daripada sekarang.

Saya telah kehilangan kira-kira satu inci setengah dan telah menjadi lebih rendah daripada biasa,” katanya.

 

Sementara itu, menurut doktor, lelaki itu bermungkinan mempunyai masalah berkaitan dengan kerosakan vaskular (urat) pada tisu erektil zakarnya.

Dalam kes berasingan, satu kajian yang dijalankan oleh pasukan dari Miami Miller University pada 2021 menyaksikan dua pesakit lelaki telah mati pucuk selepas dijangkiti virus itu.

 

Hasil kajian yang diterbitkan dalam World Journal of Men’s Health, menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki menunjukkan tanda-tanda kerosakan saluran darah pada zakar mereka, berbanding pesakit lain yang mengalami disfungsi erektil tetapi tidak pernah dijangkiti Coronavirus.

 

Satu lagi kajian oleh College London University mendapati bahawa lima peratus lelaki yang telah dijangkiti COVID-19 mempunyai zakar yang lebih pendek dan 15 peratus mengalami disfungsi seksual.Selain itu, penyanyi James Blunt yang dijangkiti wabak COVID 19 mengaku zakarnya menjadi semakin kecil gara gara terkena wabak tersebut.

Hal itu dipercayai disebabkan oleh jenis ubat yang diambil.

Sumber – https://gempak.com/berita-terkini/saya-kehilangan-satu-inci-setengah-bekas-pesakit-covid19-dakwa-zakar-makin-mengecil-ouch-70533?fbclid=IwAR2p45iHhVgCu_pwqwsUtPGANUMDKfQqX_sFsV5mji15npqacmuSd2-LHvw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*