“Lelaki risau mengandung “, Wanita cuba “pegang2” lelaki di restoran..

Jika kita makan di kedai makan, pasti ada sahaja mereka yang datang menghampiri dengan tujuan berniaga, meminta derma ataupun sekadar menggangu.

 

Perkara-perkara sebegitu sedikit sebanyak mengganggu mood orang lain kerana waktu makan adalah waktu yang harus semua orang bertenang.

 

Kacau orang tengah nak makan

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @zularifin078, dia telah memuat naik video diganggu oleh seorang wanita misteri yang secara tiba-tiba berada di hadapannya.

 

Tak hanya itu, dia juga dikatakan mengacau pelanggan yang lain sehingga ada yang terus beredar walaupun belum sempat menjamah makanan yang dibeli kerana berasa terganggu.

 

 

Cuba nak pegang tangan

Dalam video yang lain, wanita berkenaan juga mencuba memegang tangan pengguna TikTok itu sebelum diberi amaran untuk tidak meneruskan tindakan-tindakan pelik seperti itu.

Renungan mata wanita itu juga sedikit merisaukan dan membuatkan orang lain kurang selesa lebih-lebih lagi ketika mahu menikmati makanan

Ada yang pernah kena kacau juga

Walaupun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian dimana, namun ramai yan mengakui ‘seram’ melihat situasi itu kerana macam-macam boleh berlaku andai wanita pelik berkenaan tidak beredar dengan segera.

 

Mereka juga beranggapan bahawa wanita tersebut dalam keadaan tidak sihat dan tidak mustahil kejadian berkenaan hanya satu konten sahaja.

Sumber: TikTok @zularifin078

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*