Gembira Adik Tamat Zaman Single, Kakak Baik Hadiah Gelang Emas RM 25K

Adakalanya di setiap negeri, mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza apabila sesuatu majlis perkahwinan diadakan.

Salah satunya, adik perempuan yang ingin menamatkan zaman bujang terlebih dahulu dari adik-beradik yang lain dikehendaki menyediakan cincin atau gelang emas untuk abang/kakak bujangnya.

 

Namun, ia berbeza dengan satu rakaman dimuat naik oleh seorang wanita bernama Anie Nanie, yang menjadi tular di TikTok ini.

Dia memberikan hadiah yang cukup berharga buat adik kesayangannya selepas selamat mendirikan rumah tangga.

 

Seutas rantai tangan bernilai RM 25K hadiah perkahwinan untuk adik tersayang
Siapa sangka, pemberian itu cukup memeranjatkan ramai di majlis berkenaan. Anie telah membeli seutas gelang lipan emas bernilai lebih RM25 ribu.

Kegembiraan terpancar di wajah pengantin baru itu apabila melihat bungkusan yang agak besar dipertontonkan.

“Suami dia perhati je kak, ghisau suami dia gadai kak…Rasa t4kut pula nak pakai besar macam ni”
Rata-rata netizen turut terkejut melihat hadiah yang cukup bernilai ini. Pada masa yang sama, ramai juga yang berminat dengan barangan pembungkusan lain yang digunakan oleh Anie yang semuanya kelihatan besar dan megah.

@anienanie87

Reward awai tahun 2022…rantai tgn lipan 32k…💃💃💃

♬ оригинальный звук – aint mid

 

Sumber foto – TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*