Foto tanpa hijab & Rambut Karat , netizen “sekolahkan” bekas isteri Da’i Farhan Cukup2.. ..

Sejak berkongsi foto tanpa mengenakan hijab secara terbuka, bekas isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin kembali menjadi perbualan warganet di media sosial.

Terbaru, Dr Erin atau mana sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan imej sebegitu menerusi swafoto dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi kapsyen, wanita berusia 42 tahun itu menulis seolah-olah mampu berdepan kepayahan dan tetap sedaya upaya berusaha meskipun sukar untuk dihadapinya.

Posting itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan 300 komen pengikutnya dimana rata-rata menegur penampilan Dr Erin yang dikatakan kurang sesuai apatah lagi pernah bertudung labuh sebelum ini

Selain itu, terdapat juga segelintir individu meninggalkan komen sindiran termasuk mengenai ‘aura ke-19’ yang dikatakan sudah ‘hilang’ selepas popular suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, ada netizen memilih untuk memberikan kata-kata positif selain menitipkan doa agar wanita itu dapat kembali kepada fitrah sebagai seorang muslimah.

Sekitar November 2019, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila didakwa berkahwin dengan Dr Erin secara rahsia di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya dikenali sebagai Fatin

Tidak lama selepas itu, Da’i Farhan menceraikan Fatin yang ketika itu sedang hamil anak kedua mereka dengan talak satu pada Disember tahun sama.

Jodoh antara Da’i Farhan dengan Dr Erin bagaimanapun tidak berpanjangan apabila masing-masing berpisah pada April 2020 selepas lima bulan berkahwin

Da’i Farhan atau nama penuh Nik Farhan Nik Mohamad kemudiannya bernikah semula dengan Fatin pada Mei tahun lalu.

Sumber: Instagram @drholisw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*