Kongsi foto berbaju pengantin, Eric Fuzi dis4ngka dah kahwin diam-diam reen Rahim?

GARA-GARA memuat naik foto berbaju pengantin bersama seorang wanita, ahli kumpulan Floor88 iaitu Eric Fuzi dihujani mesej dan panggilan daripada keluarga dan kenalan rapat.

Tampil menjelaskan perkongsian itu, Eric, 30, berkata foto berkenaan dirakam semasa dia menjayakan satu babak dalam drama terbaharu lakonannya.

“Selepas saya muat naik foto pakai baju kahwin tu ramai pula percaya dan telefon saya… sampai keluarga dan kawan-kawan pun telefon tanya. Mak dan ayah saya pun dapat panggilan daripada saudara-mara nak tahu betul ke saya dah kahwin.

“Benda tu hanya gurauan sahaja, kebetulan waktu itu penggambaran babak kahwin dengan Reen Rahim, lagi pun masa saya kongsi foto itu tarikh 22 Februari 2022. Saya tengok ramai orang kahwin sebab tarikh cantik, jadi saya pun rasa nak buat content di Instagram.

Eric bergandingan bersama Reen Rahim dalam sitkom Apartment Putra musim kedua yang bakal bersiaran di RTM tidak lama lagi.

“Tak nak orang terus tertanya-tanya, jadi semalam saya buat posting baharu beritahu mereka itu hanyalah sebahagian babak lakonan sahaja,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Eric mengejutkan ramai peminat apabila berkongsi foto bersama seorang wanita memakai baju pengantin sedondon berwarna merah jambu.

Jangan risau, nanti kalau saya kahwin betul-betul saya akan maklumkan kepada semua
ERIC FUZI
PELAKON

Sehari kemudiannya dia menjelaskan bahawa foto itu hanyalah sebahagian babak lakonan bersama aktres Reen Rahim dalam sitkom Apartment Putra musim kedua.

Dalam pada itu, Eric memohon m4af jika ada mana-mana pihak yang terkes4n dengan perkongsiannya itu.

Eric berjanji tidak akan merahsiakan hari bahagiannya kelak.

“Saya hanya bergurau sahaja, minta m4af kalau ada percaya saya dah kahwin. Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya saya cepat naik pelamin.

“Jangan risau, nanti kalau saya kahwin betul-betul saya akan maklumkan kepada semua,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : IG @ericfuzi_f88 via mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*