Selepas DSV umum PA baru, Iqbal beri pesanan “makan dalam” untuk PA baru fuh ..

ALL the best! Itu ucapan ringkas usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush.

Mengakui tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan, Iqbal berharap Qush atau nama sebenar Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat bekerja dengan baik bersama bekas majikannya itu.

 

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya.

“Saya mampu cakap all the best saja la… saya tak ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik.

 

“Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Iqbal tak ambil tahu mengenai PA baharu Vida.

 

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza!” katanya kepada mStar.

Pada malam Khamis, Vida menerusi Instagram mengumumkan Qush yang juga merupakan personaliti media sosial berjaya mengisi kekosongan jawatan PA dengan bayaran gaji RM10,000.

 

Kisah pencarian PA oleh jutawan kosmetik ini menarik perhatian netizen sejak Disember tahun lalu, di mana antara kriteria calon mestilah lelaki muda dan memiliki wajah kacak.

Qush tak mahu campur urusan peribadi Vida.

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak ambil pusing dengan pelantikan tersebut yang disifatkan hanya sebagai gimik atau marketing.

 

“Sikit pun saya tak terasa hati… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV.

 

“Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” ujarnya.

Sumber – Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*