Nabila tak nak didik Jebat pandai Inggeris tapi tak pandai Bahasa Melayu

Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila berasa sedih apabila ramai generasi muda sekarang terutama kanak-kanak tidak fasih berbahasa Melayu.

Menurut Nabila lagi, dia tidak mahu perkara itu berlaku kepada anaknya, Jebat Jayden. Ujarnya, ianya perkara pelik jika orang Melayu tidak boleh bercakap bahasa kebangsaaan.

“Muka Melayu tapi cakap pelat, tak naklah begitu. Bahasa Melayu kan bahasa kita. Tak pandai cakap Melayu, pelik sebenarnya . Perlu tahu cakap Melayu dan itu cara saya besarkan anak. Apabila saya jumpa ramai anak-anak tak boleh berbahasa Melayu, saya berasa sedih.

“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia (Sharnaaz). Nanti dia dah masuk sekolah, dia akan cakap bahasa Inggeris. Sharnaaz pun pilih cara begini,” katanya.

Kata Nabila lagi, dia dan adik beradik berbahasa Melayu di rumah. Ujarnya, dia tidak mahu Jebat boleh bercakap bahasa Inggeris tetapi tidak tahu berbahasa Melayu.

“Kita memang cakap Melayu di rumah. Adik-beradik di rumah pun cakap Melayu. Mak cik dia cakap bahasa Inggeris tapi kebanyakan masa, Jebat memang cakap bahasa Melayu.

 

“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.

“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia empat tahun.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac tahun lalu.

sumber :rotikaya

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*