(Video) ‘Budak surau’ Kena Lempang bertubi2 Dituduh Curi Duit Masjid

Sebuah video CCTV telah merakam seorang pak cik yang menampar budak lelaki di Masjid Al-Faizin, Kepong.

Menurut maklumat daripada sepupunya, budak lelaki itu hanya menjalankan tugasnya untuk mengambil duit daripada tabung masjid seperti yang diarahkan AJK masjid. Budak tersebut dikatakan adalah jemaah tetap masjid itu. Semua AJK masjid mengenali beliau. Namun disebabkan dia masih muda, seorang pakcik menyangka budak itu seorang pencuri lalu menamparnya sebanyak 2 kali.

Diharapkan pihak AJK masjid dapat menyelesaikan masalah ini jika benar seperti yang diceritakan oleh sepupu beliau. Semoga adik tersebut mendapat keadilan yang sewajarnya. Jangan pula disebabkan peristiwa ini, anak muda semakin jauh dengan masjid.

Admin meninjau komen..

 

Sumber https://www.kisahjalanandotcomm.cc/2022/02/budak-surau-kena-lempang-dituduh-curi.html?fbclid=IwAR1K5I6lBSJlbMXM-a6VfYpUOWJFjnYZx6f32ZiNYbH1f2rQELMwXoe6Lxg&m=1

 

Artikel berkaitan-

 

KISAH IMAM ONE KICK

Kisah lucu macam yang saya nak kongsikan ini antara hiburan kami pada zaman kanak-kanak dulu. Masa tu, kami ni termasuk budak-budak surau. Bukan budak baik pun cuma itulah peluang bermain.

Petangnya, halaman surau tu lah juga tempat bermain. Yalah, zaman tu mana ada hiburan lain. Nak keluar malam ke suraulah lesennya. Antara maghrib isya boleh bermain. Malam Jumaat pula ada masa lebih sikit sebab ada makan-makan.

Lagipun, zaman kami budak-budak dulu surau jadi macam pusat aktiviti yang rasmi mahupun tidak. Banyak kenangan kami di surau.

Baiklah.

Cerita ini diceritakan oleh orang yang lebih dewasa yang pangkat abang atau pakcik. Kisah imam one kick.

Tau one kick?

Ala, bila kita start motorsikal dan motorsikal tu hidup dengan sekali tendang, itulah one kick dalam bahasa kami dulu.

Begini kisahnya…

Suatu masa, ada sekumpulan orang ni bermusafir. Nak pergi kenduri di daerah lain.

Dalam kumpulan tu ada yang umur pakcik-pakcik, abang-abang dan budak-budak.

Mereka sampai di sebuah surau masa solat jemaah dah selesai. Jadi mereka buat jemaah sendiri.

Seorang pangkat pakcik pun dilantik sebagai imam, namanya Haji Jainal.

Haji Jainal pun menyuruh seorang pemuda yang bernama Adwi iqamah. Adwi pun iqamah lah. Adwi ni segak dan kacak orangnya. Bukan orang lain juga dengan Haji Jainal, pangkat cucu juga.

Entah kenapa hari tu, Haji Jainal terbatuk-batuk. Nak takbiratul ihram ja batuk. Berkali-kali tak lepas takbiratul ihramnya.

Lagipun pegangan Haji Jainal tu, niat dan takbiratul ihramnya mesti kemas. Bermula pada ‘All’ berakhir bersama ‘bar’ dan ngam-ngam ketika tapak tangan kanan landing di belakang tapak tangan kiri.

(Jangan komplen, amalan orang dulu-dulu. Kita budak-budak ni mana tau.)

Bila dah berkali-kali macam tu, seorang pakcik yang lebih muda sikit daripada Haji Jainal pun menawarkan diri untuk menggantikan posisi imam. Haji Rejad namanya.

Haji Jainal mengalah. Diberikan tempat imam kepada Haji Rejad. Bukan orang lain juga Rejad tu dengan dia. Pangkat anak sedaranya tu.

Haji Rejad berdiri, baca bismillah dan angkat takbir, “Allahuakbar”.

“Nah, one kick dah dapat!” Kata Haji Rejad menoleh ke belakang kepada Haji Jainal.

“Hoi, solat ni!” Jerit Haji Jainal dengan marah.

Batal pula solat mereka.

TAMAT

PENAFIAN: Kisah rekaan saja. Jangan jadi isu pula.

Bukankah begitu?

Bapak-bapak manis yang suka mendengar kisah lucu
Norudin Draman UstazCahaya
#bapakmentoryangmanis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*