Tayang bahu pula, netizen ingatkan Nora Danish tentang azab neraka

Meskipun kerap menerima teguran orang ramai berhubung penampilan seksinya, pelakon Nora Danish dilihat masih memuat naik foto yang boleh mengundang kecaman di laman Instagram miliknya.

 

Terbaru, pelakon berusia 40 tahun berkongsi sekeping foto menggayakan dress berwarna putih ketika sambutan hari lahir seorang kenalannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


Fesyen tersebut memperlihatkan bahagian sebelah bahunya agak terdedah sekali gus menarik perhatian pengikut bagi memberikan teguran terhadap imej yang disifatkan seksi itu.

 

Menerusi ruangan komen, ramai mengucap panjang termasuk mengingatkan pelakon drama Bougainvillea itu mengenai hukum mendedahkan aurat dan balasan akan diterima di akhirat kelak.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Apatah lagi usianya sudah mencecah 40-an, netizen menganggap Nora sepatutnya mengubah penampilan diri ke arah lebih sopan selain mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu dikecam gara-gara ‘membelanja’ foto memperlihatkan bahagian punggung, bentuk badan semasa aktiviti mendaki bukit dan aksi mandi buih bersama suaminya Nedim Nazri.

Sumber: Instagram Nora Danish via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*