“Cantik weh wife dia ” Fotosekitar majlis perkahwinan Zalif Sidek dan isteri..

Pelakon Zalif Sidek, 36 tahun, kini telah pun bergelar suami kepada wanita bernama Anis Marzuki dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung semalam.

Majlis pernikahan ini telah diadakan pada pagi Sabtu, semalam, di CMI Hall and event yang terletak di Kuantan Pahang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Majlis akad nikah telah diadakan di sebelah pagi. Zalif dan pasangannya Anis marzuki dilihat mengenakan pakaian dan busana serba putih sedondon.

Kemudian, satu majlis resepsi telah diadakan di tempat yang sama iaitu di CMI Hall.

Zalif Sidek dan isterinya, Anis Marzuki memilih busana pengantin berwarna hijau sebagai tema untuk raja dan permaisuri sehari ini.

Ini beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Zallif Sidek dan Anis Marzuki.

Menerusi satu kenyataan yang ditulis oleh Zalif Sidek, sebelum majlis akad nikah, ini merupakan satu fasa yang baru dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

“Semoga semuanya akan dipermudahkan dan sila utuskan doa yang baik-baik untuk mengiringi kami bersama memulakan satu lagi fasa baru dalam hidup kami berdua sebagai pasangan suami dan juga isteri yang sah.”

Dalam pada itu, Zalif Sidek memberitahu, jodoh yang hadir ini merupakan aturan dari pihak keluarga. Zalif baru saja berkenalan dengan wanita berkenaan selama 10 bulan, belum pun cukup setahun.

“Tuhan dah hadiahkan you untuk gantikan arwah Papa I. Kita berdua baru saja kenal dan telah dijodohkan oleh kedua belah keluarga.”

“Memang cantik rupanya perancangan Allah, semoga kita berpimpin tangan ke jannah bersama.
Sementara itu, Zalif Sidek turut memohon maaf kepada semua pihak yang tak dapat dijemput ke majlis perkahwinannya dengan Anis Marzuki itu, kerana buat masa sekarang kes semakin meningkat dan hanya dibenarkan untuk 300 tetamu saja yang hadir.

Apapun, tahniah buat Zalif Sidek dan isterinya, Anis Marzuki.

Sumber – https://news-tel.com/10-foto-sekitar-majlis-perkahwinan-zalif-sidek-dan-isteri-keluarga-yang-jodohkan-12675?fbclid=IwAR1Gvh91NGbMpP1q3V70gA-MsZRrGLZkA4TS9SqrZIZorL4Znv5S4LhnkqY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*