Wah , Seronok main bowling, dah vaksin ke?-Netizen

Ceria Main Bowling, Netizen Happy Ina Naim Makin Bahagia! Tapi Masih Pertikai Dah Vaksin Ke? Macam Mana Boleh…

Sekian lama menyepi daripada media sosial, isteri kepada bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim dilihat kembali aktif selepas membuka akaun TikTok, baru-baru ini.

Menerusi satu daripada video dimuat naik, Ina dilihat sangat ceria bermain bowling bersama keluarganya.

Susulan itu, ramai peminat peminat meluahkan rasa gembira mereka melihat Ina semakin bahagia.

“Nampak sangat dia bahagia dengan hidup dia Alhamdulillah”.

“Susah nak cari isteri tabah macam Kak ina, walaupun ramai kecam suami, dia tetap sokong suaminya.

“Alhamdulillah makin ceria Ina,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, biarpun ‘dihujani’ dengan pelbagai kata-kata positif, namun platform TikTok Ina tidak lekang daripada kecaman netizen khususnya berkaitan vaksin.

Antara yang paling banyak dibangkitkan adalah bagaimana Ina boleh memasuki pusat membeli belah sekiranya tidak divaksin.

Kebanyakan mereka menganggap tindakan sebegitu boleh membahayakan keselamatan orang ramai sekitarnya.

Pun begitu, tidak kurang juga ada netizen membuat teori yang mandakwa Ina sekeluarga sebenarnya sudah pun mengambil vaksin.

“Boleh main bowling ke tak vaksin?”.

“Macam mana boleh masuk mall atau tempat riada kalau tak vaksin. Pelik”.

“Entah-entah, Ina dah ambil vaksin, kita je yang lalai,” tulis beberapa netizen.


Sekadar info, suami Ina, Suhaimi terkenal dengan pendiriannya yang anti vaksin dan ubat-ubatan moden.

Malah kedua-dua mereka tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sebaliknya hanya mengajar di rumah sebagai home school.

Sumber – Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*