“simpan sikit perasaan malu tu…” -Netizen kec@m peminat merayu nak raket atlet lepas bertanding?

Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh barisan atlet badminton Malaysia sememangnya perlu dibanggakan, terutamanya dalam kalangan peminat tegar yang sentiasa memberi sokongan penuh pada atlet kesayangan mereka.

 

Namun, itu tidak bermakna mereka boleh berlebihan dalam tindakan seperti yang dilakukan oleh gadis ini, yang mana videonya ada dikongsikan oleh nr.ieyma.

https://www.tiktok.com/@nr.ieyma_/video/7068574884217031963?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6929890449981244929

Usaha merayu gagal

Menerusi sorotan itu, kelihatan seorang gadis yang juga merupakan peminat salah seorang pemain badminton Malaysia iaitu Soh Wooi Yik berjumpa dengannya di belakang gelanggang.

 

Dia kelihatannya seperti merayu meminta raket yang digunakan pemain itu untuk disimpan sebagai kenangan sepertimana yang pernah diterima oleh salah seorang peminat Lee Zii Jia sebelum ini.

Walaubagaimanapun, usahanya tidak berhasil apabila Wooi Yik tidak dapat memenuhi permintaan peminat sehingga dia meminta maaf bagi menghilangkan rasa serba salahnya.

“Tak sanggup tengok…”

Lebih tragis, tindakan gadis itu kemudian menerima kritikan hebat di ruangan komen yang rata-ratanya akui malu dengan sikap tersebut.

 

Sumber- https://redaksi.com/14540-minat-jangan-berlebihan-netizen-tegur-peminat-merayu-nak-raket-atlet-lepas-bertanding

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*