(Video) Isteri positif Covd-19, pengantin lelaki bersanding sendiri ‘bertemankan’ laptop

Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga serta melakukan majlis persandingan. Walaupun kes positif harian Covid-19 masih tinggi, ia bukanlah penghalang untuk kita mengadakan majlis keramaian asalkan tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

 

Namun, sejak kebelakangan ini ramai individu di sekeliling kita telah positif varian Omicron walaupun tidak mempunyai sebarang simptom. Kadang kala kita sendiri tidak tahu siapa yang menjadi pembawa kepada wabak tersebut.

 

Suami bersanding sendiri

Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun TikTok yang dikenali sebagai @kakleeha apabila memuat naik video seorang pengantin lelaki yang bersanding sendirian bertemankan sebuah laptop di atas pelamin kerana isterinya disahkan positif Covid-19.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakleeha, dapat dilihat yang pengantin perempuan lengkap berpakaian songket hanya mampu berada di skrin laptop sahaja kerana sedang menjalani kuarantin kendiri.

 

Dalam video itu lagi, para tetamu dan jurukamera tetap mengambil gambar pengantin lelaki dan isterinya yang sedang berada di atas talian bagi mengabadikan momen istimewa itu

.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakleeha, dapat dilihat yang pengantin perempuan lengkap berpakaian songket hanya mampu berada di skrin laptop sahaja kerana  sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam video itu lagi, para tetamu dan jurukamera tetap mengambil gambar pengantin lelaki dan isterinya yang sedang berada di atas talian bagi mengabadikan momen istimewa itu.

Namun begitu, akaun TikTok yang memuat naik video tersebut telah meletakkan ruangan komen kepada mood privasi. Jadi, tiada sebarang respon daripada netizen dapat dibaca ketika ini.

Semoga pengantin perempuan yang sedang berjuang menghabiskan tempoh kuarantin segera pulih dan selamat pengantin baru diucapkan kepada mereka.

Sumber: TikTok @kakleeha

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*