Zizan Sering upload selfie bersama Daiyan Trisha , Sekali Komen kene bahan Dato AC mizal .

Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak pasti sudah lali sekiranya ditanya mengenai cinta dan perkahwinan apatah lagi usianya semakin menghampiri 40-an.

Terbaru, Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak berkongsi gambar bersama rakan artis Daiyan Trisha yang digandingkan dalam sebuah telefilem berjudul Rompak.

 

Bukan satu atau dua, tetapi pelawak berusia 38 tahun tersebut berturut-turut memuat naik tiga posting bersama penyanyi lagu Penat itu sehingga meraih perhatian orang ramai.

Malah, Daiyan juga dilihat datang ke restoran makanan Korea yang diusahakan oleh pelawak itu yang terletak Desa Pandan, Kuala Lumpur sekali gus membuatkan netizen mula mengusik pasangan berkenaan.

 

Mana tidaknya, kapsyen Zizan berbunyi lucu dan ‘berbunga’ itu sudah semestinya mengundang gosip dalam kalangan rakan selebriti dan peminat yang menyifatkan mereka serasi antara satu sama lain.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga ‘merestui’ jika Zizan dan Daiyan menjalin hubungan cinta serta mendoakan jodoh terbaik buat kedua-duanya.

 

Walaupun sudah beberapa kali bercinta, namun Zizan masih belum menemui jodohnya. Mungkin ada hikmah disebalik semua itu, insya-Allah doakan yang terbaik!

 

Sumber: Instagram Zizan Razak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*