“Suami Dari Syurga” dipuji tak tinggal bakal isteri muka penuh luka tetap teruskan nikah

Kata orang tua-tua tentang ‘darah manis’ kadang kala ada betulnya. Hal ini membolehkan agar bakal pengantin bersedia dan tidak melakukan sesuatu perkara yang mungkin boleh menggangu kelancaran majlis nanti.

Namun, siapa kita untuk melawan takdir yang ditetapkan kerana malang itu tidak berbau.

Kemalangan sebelum 4 hari nikah

 

Hal ini dialami sendiri oleh pasangan pengantin yang 4 hari lagi bakal melangsungkan pernikahan namun pengantin perempuan pula mengalami kemalangan jalan raya sehingga wajahnya mengalami luka teruk.

 

Pastikan akan ada untuk dia

Namun, reaksi bakal suaminya sangat dipuji kerana tetap setia bersama wanita yang dicintai dan ada diwaktu-waktu sukar itu.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @awangloh, dia telah memuat naik berita kemalangan bakal isterinya dan menjawab beberapa komen dengan menyatakan yang dia akan kekal bersama dengan wanita tersebut.

Dah halal jadi suami isteri

Berpegang pada kata-katanya, pemuda berkenaan akhirnya memaklumkan yang mereka sudahpun bernikah dan bergelar pasangan suami isteri.

Wajah isterinya yang mempunyai banyak kesan luka bukan satu alasan untuk dia tidak terus mencintai wanita yang sudah berjanji untuk bersamanya selamanya.

Betullah orang kata darah manis kene banyak berjaga

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji sikap pemuda itu yang langsung tidak berpaling dan menunda-nunda majlis pernikahan dengan isterinya walaupun sedar wajah wanita itu sudah agak berbeza disebabkan kemalangan.

Mereka juga mendoakan agar pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke anak cucu dan terus dimurahkan rezeki selepas bergelar suami isteri.

Selamat Pengantin Baru

Insyaallah boleh pulih tu

Tahniah kerana menjadi lelaki yang setia

Mesti badan masih sakit sakit lagi tu

Bahagia bila keluarga restui hubungan

sumber : ohmymedia.cc

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*