(Video) Gelagat “Karen Malaysia”, Masuk Lane orang Pastu siap marah pemandu kenapa tak bagi signal jalan straight..

ORANG ramai sedia maklum kawasan plaza tol merupakan salah satu tempat di mana pengguna jalan raya terpaksa berhadapan dengan 1001 situasi yang boleh mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini.

Seorang wanita tidak menyangka dia terpaksa berhadapan seorang pengguna jalan raya lain yang sanggup turun daripada keretanya semata-mata mahu mencetus provokasi di kawasan plaza tol.

Kejadian tersebut bermula ketika pemandu wanita itu sedang memandu terus menuju ke lorong Touch ‘n Go. Lagi beberapa meter hendak sampai ke lorong tersebut, ada sebuah Toyota Hilux secara tiba-tiba memintas masuk di hadapannya.

Lihat Video Ini.

Tindakan mengejut pemandu Hilux itu menyebabkan wanita ini terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan membunyikan hon sebagai tanda teguran.

Bagaimanapun, pemandu Hilux itu kelihatan seperti ‘tidak dapat menerima kenyataan’ dengan segeranya dia berhenti dan keluar daripada kenderaannya semata-mata mahu berhadapan dengan pemandu yang hon kepadanya.

“Mana signal awak? Awak kena bagi signal di sini,” kata pemandu Hilux tersebut.

“Kenapa saya kena beri signal? Ini laluan saya. Saya mahu pergi ke hadapan. Awak yang datang dari lorong lain, tiba-tiba sahaja memintas saya secara mengejut,” jawab wanita itu.

Pemandu Hilux masih tidak berpuas hati dan mengulangi kenyataan bahawa pemandu wanita itu perlu memberi signal sewaktu mahu bergerak terus di lorong tersebut.

Saya mahu pergi terus ke hadapan. Kenapa saya kena beri signal? Awak tak pernah belajar memandu kan?” tegas wanita itu selepas terus diprovok oleh pemandu Hilux tersebut.

Perkongsian video di TikTok @rukiacosplayer membuatkan orang ramai tertanya-tanya sejak bila pengguna jalan raya perlu memberikan lampu signal ketika mahu bergerak jalan terus.

Orang ramai turut menegaskan sepatutnya pemandu Hilux tersebut perlu lebih berhati-hati dan memberikan keutamaan kepada pengguna lorong yang dia hendak masuki.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @RUKIACOSPLAYER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*