Dua Pelajar ‘Pkul’ Ustaz Hingga Mavt, B3rang Telefon Bimbit Dir@mpas

Gara-gara dipercayai mer@mpas telefon bimbit, seorang ustaz di Pondok Pesantren Darus As’sadah di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dipukvl oleh dua pelajar.

Memetik laporan media tempatan, m@ngsa dikenali sebagai Eko Hadi Prasetya, 43, didakwa dipukul oleh dua pelajar (HR & AA) masing-masing berusia 17 tahun pada jam 5.30 pagi Rabu (23/2/2022) yang lalu.

Ujar Ketua Siasatan J3nayah P0lis Sungai Kunjang, Ipda Bambang motif kejadian tersebut berpunca apabila telefon bimbit milik kedua-dua suspek dirampas pada waktu sekolah sehari sebelum mangsa dipukul.

 

Bercerita lebih lanjut, ketika kejadian mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh sebelum datang dua pelajar meminta supaya telefon bimbit mereka dikembalikan semula.

Kedua-dua suspek menghampiri mangsa dan meminta telefon bimbit mereka kembali.

Namun mangsa ketika itu dikatakan tidak mahu memulangkan semula telefon bimbit berkenaan berikutan pelajar tersebut dipercayai akan mengulangi kesalahan yang sama.

Mula s3rang mangsa.

Berang dengan respon yang diberikan, kedua-dua suspek didakwa memukvl menggunakan kayu di bahagian kepala sehingga mangsa tidak berdaya untuk melawan. Kedua-dua suspek juga sempat melarikan diri selepas bertindak sedemikian rupa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital namun selepas beberapa jam dia disahkan meninggal dunia.

Kami telah menahan dua pelajar itu. Kes ini masih dalam siasatan, tetapi motif suspek adalah kerana telefon bimbit dirampas.

Sumber – https://ohbulan.com/dua-pelajar-pukul-ustaz-hingga-maut-berang-telefon-bimbit-dirampas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*