(VIDEO) Diminta minta maaf kepada staff KFC, ini jawapan kaklong “Bi*d*p” buat Netizen Naik angin..

Sejak semalam, tular video Wan Noor Baizura atau lebih terkenal dengan nama Kak Long Kosmetik yang memarahi pekerja di kedai serbaneka 7E gara-gara tak puas hati anaknya dituduh mencuri.

 

Rupanya bukan saja 7E, kat KFC pon dia mengamuk…

Hari ini, tular satu lagi video menunjukkan Kak Long Kosmetik bukan sahaja mengamuk di 7E, ternyata dia juga telah memarahi pekerja-pekerja di KFC, difahamkan kerana tiada air batu dan sudu

.

https://twitter.com/fatiniqaaa/status/1499594917357977602?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1499594917357977602%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fredaksi.com%2F14655-buat-apa-saya-nak-mintak-maaf-kat-staff-kfc-ada-saya-viral-muka-dia-kak-long-kosmetik

“Kenapa saya nak mintak maaf pulak?…”

Susulan tularnya video tersebut, ramai yang menggesa wanita tersebut untuk meminta maaf pada pekerja-pekerja yang bertugas ketika insiden amukan itu berlaku.

“Bukan saya ada viral muka dia pon, customer always right…”

Dalam video yang dimuat naik @ariffeddy12 di Twitter, dia sempat merekod kenyataan Kak Long Kosmetik yang bertegas tidak akan memohon maaf kepada pekerja di KFC berkenaan.

 

Difahamkan, wanita ini berkata sedemikian kerana dia langsung tidak mendedahkan wajah pekerja mahupun lokasi KFC tersebut dan menegaskan bahawa pelanggan selalunya betul dalam setiap perkara.

 

“Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya…”

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kecewa melihat sikap wanita ini malahan seluruh keluarganya yang disifatkan sangat biadap dengan orang sekeliling.

 

Dalam pada itu, ramai yang memberi nasihat buat Kak Long Kosmetik agar menunjukkan contoh yang baik buat anaknya kerana bak kata pepatah, anak ibarat kain putih…

Sumber – Redaksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*