Buat ‘comeback lepas ditengking, kecantikan akak 7E jadi bualan. -“Patut kak long jeles…”

Sejak dua ke tiga menjak ini, tular di media sosial akan isu membabitkan seorang wanita bergelar kak long apabila dia membuat onar di kedai bersama anak lelakinya.

Kejadian itu menerima tentangan dan kecaman hebat daripada kalangan netizen sehingga akhirnya wanita itu mengalah dan akui kesilapannya kerana keterlaluan dalam tindakan.

Akak 7E buat ramai terpegun

Berikutan kes itu, siapa sangka akhirnya akak 7E masuk ‘line’ apabila dia memuat naik sebuah video bersama staf yang lain di Tiktok pula.

Dalam sorotan yang dikongsikan oleh pemilik akaun, kelihatan dua orang staf perempuan dan seorang staf lelaki yang mana masing-masing menutup mulut mereka sewaktu video dirakam.

“Masih lagi tersenyum”

Turut disertakan dalam entri tersebut memaklumkan bahawa mereka masih beroperasi seperti biasa walaupun kedai diserang kak long, malah pelanggan juga masih ramai.

“Patut kak long geram…”

Perkongsian itu sekaligus menghuraikan segala tanda tanya netizen akan pemilik suara di dalam video sebelum ini , bilamana staf yang mengawal situasi tenang sahaja walau beberapa kali dibidas.

 

Bukan itu sahaja, rata-ratanya juga tidak putus memuji kecantikan mereka.

Sumber :Redaksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*