Tiga tahun ramalan mengena, Neelofa keluar ramalan baru yang mengejutkan ramai untuk Juara AJL 36

Petaling Jaya – Ketika bahang Anugerah Juara Lagu ke 36 AJL36 semakin terasa, peminat masih ternanti-nanti ramalan daripada pengacara dan usahawan Neelofa tentang siapa yang bakal bergelar juara.

 

Sayangnya tahun ini, ibu kepada Muhammad Bilal itu memberitahu dia sudah pencen dan menyerahkan kepada netizen untuk membuat ramalan sendiri.

“Tahun ini pencen. Apa ramalan anda?” tulis Neelofa di laman Twitter miliknya.

Melihat kepada ruangan komen, ada yang memberi maklum balas tidak mahu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berhenti membuat ramalan.

“Jangan pencen kak, sempat lagi.

“Lofa jangan pencen, kami perlukan ramalan anda.

“Lofa sibuk jaga Bilal, tak sempat ramal kali ini,” komen netizen.

Bagaimanapun, demi tidak mahu menghampakan peminat, Neelofa akhirnya berkongsi status meletakkan ramalan dua lagu yang dijangka menjadi juara iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa SOG dan Shila Amzah.

Dalam masa sama, dia secara bergurau turut meletakkan suara tangisan anaknya sebagai pemenang vokal terbaik.

“Vokal terbaik, Bilal dan Marsha,” katanya.

Tahun lalu Neelofa meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul sebagai juara AJL35, namun lagu tersebut hanya berjaya mendapat tempat kedua.

Sebelum itu, ramalam Neelofa mengena apabila meletakkan lagu Sumpah Naim Daniel menjadi juara AJL34.

Pada edisi AJL36 kali ini, 10 lagu lain yang bertanding adalah Boneka Ernie Zakri, Intan Payung Noraniza Idris dan Bunga, Purnama Naim Daniel, Aewo Shiha Zikir dan Noki, Salahku Yonnyboii, Lara Haqiem Rusli, Hael Husaini dan Naim Daniel, Angkara Siti Nordiana dan Cinta Marsha Mila.

Manakala Aina Abdul mempertaruhkan dua lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta nyanyian bersama Khai Bahar.

Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*