Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Lelaki Ini Tampal satu” Nota”.. Terus Dia Alih

Geram dengan tindakan jiran yang kerap meletakkan kenderaan di hadapan rumah, seorang lelaki bertindak meletakkan satu nota sehingga ‘menyedarkan’ pemilik kereta tersebut! Mungkin korang boleh cuba taktik ini!

Menerusi video pendek dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Farhana, tampil meluahkan rasa geram dengan sikap jirannya yang dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya dengan sesuka hati.

POV: Bila suami hang buat gila, geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang sesuka hati.

Sebagai pengajaran kepada jirannya, suami kepada wanita ini meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00. Bukan itu sahaja, pembeli turut mendapat ganjaran istimewa iaitu menerima pam racun secara percuma.

 

Untuk dijual RM800.00 percuma pam racun.

 

Taktik tersebut membuahkan hasil selepas jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan yang diambil dan ‘berpuas hati’ dengan taktik yang digunakan.

 

Kereta tak jadi jual, tuan tukar fikiran last minute.

 

Video penuh:

Sumber – Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*