“VVIP lagi penting dari nyawa manusia ke?” – Tindakan polis buat “dunno” siren Ambulans undang k3m@rahan ramai..

Menghormati tugasan mana-mana profesion sememangnya tanggungjawab semua, namun apabila ada segelintir berbuat masalah tak enak rasanya didengar, lebih-lebih lagi apabila profesion itu melibatkan anggota beruniform.

Bukan sekali dua telah ditegur, nampaknya hal itu kembali berulang bilamana anggota yang menjaga laluan trafik menghalang laluan ambulans membawa pesakit.

 

“Siren dah bunyi kot”

Detik kejadian ada dikongsikan oleh starex_kavin di akaun Tiktoknya, yang memaparkan tindakan dua orang anggota trafik menahan ambulans semata ingin memberi laluan kepada konvoi VVIP.

 

Lebih tergamak, ambulans itu juga sudah membuka sirennya menandakan ada kecemasan yang memerlukan pihaknya bergegas tetapi dihalang pula, sementara kenderaan lain terlebih dahulu sudah ke tepi memberi laluan.

“Serius lah jadi lagi?”

Walaupun sudah sering kali terjadi, pihak bertanggungjawab masih tidak memandang ia sebagai perkara yang patut dibaiki, menyebabkan orang ramai meluahkan kekesalan terhadap kejadian itu.

Sumber – Redaksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*