Aaron Aziz minta henti sebar video mengamuk gara2..

SIMPATI dengan nasib seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai berhenti berkongsi kejadian itu di laman sosial.


Aaron berkata, perbuatan terus menyebar video berkenaan adalah tidak wajar kerana seperti yang diketahui ramai wanita berkenaan sudah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

Malah dia juga bimbang apa yang berlaku akan menganggu pembesaran anak wanita berkenaan yang turut terdedah dalam video tular itu.

“Assalamualaikum, saya minta jasa baik semua untuk berhenti repost fasal Kak Long 7E tu.


“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kesian dengan anak dia nanti nak ke sekolah malu diejek ke apa.

“Cerita dah habis biarkan keluarga mereka hidup dengan tenang,” ujarnya.

Nama Kak Long atau Wan Nor baizura hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven di percayai di Terengganu pada minggu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada 3 Februari lalu, wakil 7eleven bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Bagaimanapun, Kak Long sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Sementara itu, Aaron berkata tiada manusia sempurna dan orang yang memaafkan lebih mulia daripada yang menghina.


“Tiada siapa yang sempurna, semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah, itu lagi mulia dari condemn, condemn,” ujarnya.

Sumber – mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*