“Bini Lawa Pun Masih Cari Lain”- Ini Wajah Madu Ziela Jalil Yang Jelita

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil kembali han..gat diperkatakan.

Enggan membiarkan perkara tersebut terus menimbulkan persepsi neg.atif dalam kalangan warganet, Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Ziela dia tidak mahu is.u itu dibangkitkan pihak lain yang dianggap sengaja untuk meng.a.ibkan dirinya. Malah, Ziela yang juga penerbit Syarikat penerbitan Pena Creative berkata, apa yang dilaluinya itu adalah takdir hidupnya yang sudah ditentukan Allah swt.

“Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habsyee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.

“Kami cuma berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya.

“Bagi saya keputusan untuk berkahwin sekali lagi bukan keputusan yang mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.

“Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya…Mungkin ramai yang mempe.rtikaikan keputusan ini.

“Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kawin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meningg4l dunia,” katanya.

Ziela yang berkahwin dengan suaminya itu berkata, perkahwinan ini bukanlah satu perancangan.

“Sepanjang 12 tahun arwah suami meningg4l, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi. Apabila orang usik saya mengenai soal kahwin saya akan berasa geram dan menya.mpah.

“Sebenarnya saya selalu cakap pada orang taknak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.

“Jadi pada saat saya terlalu cintakan arw.ah,ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.

“Arw.ah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya, begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan disisi lain dalam hati saya.

“Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 13 tahun arwa.h meningg4l dunia baru nak kahwin.

“Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat,” katanya.

Perkongsian cerita pernikahan kali kedua ini dibuat Ziela selepas tular di media sosial mengenai hantaran seorang gadis yang menda.kwa pelakon itu menikahi bapanya sebagai isteri kedua.

Ekoran itu, neti.zen mula berdebat dan saling membalas hujah masing-masing.

Ziela, 51, menikahi Syed Osman, 55, di sebuah masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudaranya.

Isu perkahwinannya dengan Syed Osman yang menjadi bahan perbincangan netizen juga sebetulnya, jelas Ziela, memberi isyarat bahawa dia perlu berkongsi dengan masyarakat mengenai statusnya.

Ziela menegaskan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua.

Selain mahu menjaga hati banyak pihak, Ziela juga memilih tidak berkongsi sebarang cerita selama dua tahun kerana menunggu masa yang sesuai.

Namun, tindakan anak Syed Osman yang mendahului dengan berkongsi di Twitter menjentik hatinya untuk terbuka mengenai perkahwinan kali keduanya itu.

“Sejujurnya, saya terkejut dan agak ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mended.a.hkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter.

“Namun, dalam masa sama, saya melihat perkongsian itu dari sisi positif dan berpendapat itu satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.

“Bahkan, saya amat yakin tindakan itu juga membawa maksud mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan termasuk menjadi tumpuan media dan netizen,” ujar Ziela dalam nada tenang.

Ditanya kenapa baru sekarang dia terbuka berkongsi mengenai perkara itu, Ziela mengakui dalam situasi dilalui dia perlu menjaga hati banyak pihak membabitkan kedua belah keluarga.

“Rakan media yang rapat dengan saya sudah beberapa kali bertanya mengenai perkara ini. Tapi, saya cakap akan kongsikan apabila sampai waktu sesuai. Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama is.u sebegini. Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghorm4ti keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya.

“Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.

“Kalau betul mereka nak perkara ini dided.ahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini,” katanya.

Menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Megat Junid pada 1991, Ziela dikurniakan sepasang anak iaitu Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Ziela juga mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.

sumber :www.riverbed

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*