Terlupa sediakan makan malam, isteri t3mbak zakar suami menggunakan s3napang ikan

Isteri tembak zakar suami guna senapang ikan sebelum lembingnya diputar kerana terlupa sediakan makan malam

BURIRAM, THAILAND – Seorang wanita nekad menembak zakar suaminya menggunakan senapang ikan selepas lelaki itu terlupa menyediakan makan malam, sebaliknya keluar minum arak bersama rakan-rakan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada malam Khamis, 3 Mac 2022 di kediaman pasangan itu. Chanita Kuedrum, 43, yang baru pulang dari ladang tebu tempatnya bekerja dan berharap ada makanan dihidangkan di atas meja dapur yang disediakan oleh suaminya, Boonchuey Moonseeton, 45.

Bagaimanapun, Chanita bengang kerana suaminya tidak menyediakan makan malam, sebaliknya keluar minum bersama rakan-rakan lain. Ketika itulah dia mengambil keputusan untuk menunggu suaminya pulang.

 

Sebaik saja pulang, Chanita menembak Boonchuey menggunakan senjata itu. Chinita kemudian memusingkan ‘lembing’ itu beberapa kali. Mangsa yang ketika itu di bawah pengaruh alkohol (mabuk) tidak segera pergi ke hospital sehingga keesokan harinya.

Akibat dari kejadian itu, Boonchuey menerima 17 jahitan, dia juga tidak akan pulang ke rumah itu sehingga kemarahan isterinya reda.

“Saya tidak akan pulang ke rumah buat masa ini sehingga dia (isteri) tenang”.

Tetapi isterinya berkata, “Cakap baik-baik dengan dia pun takkan selesaikan masalah”.

 

Sumber: Daily Star

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*