“Cannot brain orang macamni bermulut longkang”- Mona Allen sound sape kecam “Gimik cekik”.

Mona Allen rasa terkilan dengan komen netizen yang ‘bermulut longkang’ dan majoritinya adalah wanita yang sudah berkahwin .

Pelakon, Mona Allen meluahkan rasa terkilan setelah komen netizen yang mengecamnya di media sosial selepas mengaku video pertengkaran antara dirinya dengan pelakon Iqram Dinzly di set penggambaran yang hanya gimik untuk mempromosikan drama lakonan mereka,Hati Yang Dikhianati.

Terkilan Dengan Kecaman Netizen
Menerusi Insta Stories, Mona akui berasa terkilan dengan komen netizen yang disifatkan melampau dan tidak menyangka bahawa majoritinya adalah wanita yang sudah berkahwin dan berhijab.

“Jaga Tepi Kain Sendiri”
Tambahnya lagi, dia turut meminta netizen untuk tidak bersikap membuta tuli dan mencampuri urusan orang lain.

“Lesson for you guys. Jangan menilai buku hanya dari rupa. Jangan pernah menjadi judgemental. Jaga tepi kain sendiri. Apa-apa pun, saya maafkan semua.”- katanya

Dalam hantaran susulan, isteri kepada pelakon terkenal, Pekin Ibrahim ini turut menyatakan dia sudah telah menyimpan segala-gala perihal mengenai ‘drama’ antara dirinya dengan Iqram di dalam arkib Instagram.

“Saya dah archive ye semua story ke live ke apa ke mengenai drama di antara saya dan Iqram. Korang kalau nak membawang sila pergi tempat lain.

Saya bagi seminggu je untuk korang membawang. Bosan baca komen dak dak. LOL. Nak buat dosa cari tempat lain la eh. Masa anda dah tamat. TQ.”- katanya lagi

Terdahulu,tular sebuah video kononnya terdapat perselisihan faham diantara mereka selepas Iqram dikatakan terlalu menjiwai wataknya yang pada ketika itu sedang mencekik leher Mona.

Sumber :Murai. Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*