Kenapa kereta gerak? Siapa jalan tu?” -Tengah ‘translate’ kes Tangmo, Akak Siam tiba2 diganggu?

Kisah pemergian Tangmo Nida merupakan yang hangat diperkatakan ketika ini meskipun ianya berlaku di negara Thailand.

Mujur kehadiran Suraya Aqila sering membantu menterjemah kes ini membuatkan para netizen Malaysia juga memahami malahan berharap keadilan berpihak pada mendiang Tangmo.

Dia lah yang selalu translate bagi kita semua faham kronologi…
Terbaru, sewaktu sedang membuat sesi live di Tiktok, seperti biasa Suraya akan menterjemah kisah Tangmo dan menjawab persoalan netizen di ruangan komen.

Namun tiba-tiba difahamkan berlaku sesuatu yang mengejutkan dan ianya dapat dikesan Suraya melalui CCTV rumahnya.

“Siapa gerakkan kereta? Siapa jalan tu?…”
Sempat dirakam beberapa individu, Suraya tiba-tiba ‘diganggu’ apabila keretanya bagaikan bergerka sendiri dan terlihat seperti ada seseorang yang sedang berjalan di garajnya.

“Moga Allah sentiasa lindungi kita semua…”
Dalam perkongsian lain, Suraya menjelaskan mujur ada kereta Alza di belakang, yang menghalang kereta Hondanya dari bergerak sendiri secara tiba-tiba.

Ramai risau keselamatan Suraya, suruh pakai mask takut orang apa2 kan dia…
Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen risau akan keselamatan Akak Siam ini yang sering membantu menterjemah kes sedari awal lagi.


Malahan ramai yang menyuruh Suraya untuk mengambil angkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan sentiasa.

Sumber :Redaksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*