“Licik”-Foto bersama PA atas bot edit? Jari & air sungai tak sama jadi bukti baru dalam kes Tengmo?

Satu persatu spekulasi timbul malah pelbagai teori yang mula bermain difikiran orang ramai yang menantikan kesudahan kes mendiang aktor terkenal Thailand, Tengmo Nida.

Ada yang mendakwa dirinya kemalangan dan mati lemas namun ada juga yang mendakwa terdapat pergelutan hingga berlaku pembunuhan aktor tersebut.

Foto Tengmo bersama Kratik edit?
Terbaru, gambar mendiang bersama pengurusnya Kratik ketika di atas bot pada malam kejadian juga turut dicurigai ramai.
.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @9ypunpun berkongsi satu aplikasi yang mampu mengubah riak wajah seseorang.

Menurut warganet, dalam gambar tersebut bukanlah mendiang sebaliknya Sand yang merupakan seorang ‘transgender’ yang turut berada di dalam bot berkenaan.
Difahamkan, gambar tersebut telah disunting bagi mengelirukan pihak berkuasa akan waktu kejadian yang sebenar.

Warganet berpendapat terdapat beberapa kemuskilan yang ada di dalam gambar tersebut antaranya jari dalam gambar tersebut tidak sama dengan milik mendiang, riak wajah, keadaan air sungai serta didakwa mempunyai haklum.

Sehubungan dengan perkara itu, rata-rata warganet seakan bersetuju dengan perkara itu dan percaya perkara ini merupakan satu bukti baru yang perlu diambil kira oleh pihak polis Thailand.

Kantoi gambar edit

Bagaimanapun, ini sekadar andaian warganet yang dikatakan mencari bukti bagi menuntut keadilan buat mendiang yang pergi dengan cara tragis.

Sumber – Redaksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*