“Nganjing nampak!”- Gelagat Noorkhiriah Diperli Anak Buat Ramai Terhibur

Dulu korang layan tak drama Nur, drama yang pernah viral tahun 2018 dulu tu. Kalau korang layan, siapa watak kegemaran korang? Nur? Ustaz Adam? Ustaz Hamadi?

Kalau tanya min, min suka watak Aishah atau Ecah yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Noorkhiriah. Lakonan dia memang tak perlu disangkal lagi, bukan setakat watak Ecah ni je, tapi bagi lah apapun confirm menjadi!

Walaupun drama Nur ini sudah 4 tahun berlalu, tetapi satu perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Noorkhiriah ini sendiri melalui akaun TikTok peribadinya telah pun berjaya membuat ramai yang terhibur dan rindu akan siri Nur ini!

Menurut video berdurasi 15 saat itu, Noorkhiriah yang dilihat sedang ‘membebel’ kepada anak-anaknya dibalas dengan gurauan teriakan ‘sup bunjut’. Siapa sangka fenomena sup bunjut daripada drama Nur itu dijadikan bahan gurauan anak-anak aktres ini!

Bukan sahaja dia yang terdiam, malah para penonton di ruangan komen juga mengaku ‘speechless’ dan terhibur dengan gelagat si anak itu yang dikatakan ‘menganjing’ balik mamanya.

Dek kerana terhibur dengan aksi spontan anaknya itu, tak sampai sehari video ini telah pun meraih sebanyak 370.6 ribu jumlah tontonan!

 

 

Buat hal lah dik! Tak sempat mama awak nak maghoh, hengko dah tiber SUP BUNJUT!

Sumber – Lobak merah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*