“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil.

Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida

Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar

Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut

Hasilnya, mereka setuju ada suara garang yang seperti menyebut “bawa awak ke sini” sebanyak 2 kali. Tak cukup dengan itu, terdapat satu bayangan seorang individu muncul dalam video sama. Gara-gara penemuan terbaru ini, polis turut mengambil kira dan akan menyiasat dengan lebih lanjut.

Manager sempat tukar baju dulu sebelum balik rumah

Dalam satu rakaman CCTV di jeti berkenaan, beberapa orang rakan Nida termasuk manager dilihat sempat menukar baju terlebih dahulu di situ sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing.


Malah turut dirakam beberapa orang individu lain datang ke jeti dipercayai rakan-rakan kepada Kratik. Walhal ketika itu, si ibu sendiri belum lagi dimaklumkan tentang anaknya.

Sumber – OMZA Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*