Kupas kulit bawang masa beli, netizen kecam tindakan wanita takde ‘common sense’ – “Aniaya orang sis.”

Pembelian di pasar raya sering kali dengan konsep ‘pilih dan timbang kemudian bayar’.

Namun, ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan timbangan bagi barangan yang ingin dibeli.

Kupas bawang sebelum masuk plastik…

Begitulah perkongsian @milonurli_ di Tiktok yang dikecam ramai gara-gara sikapnya yang disifatkan mementingkan diri serta menganiaya pelanggan dan pekerja pasar raya.

“Baik keja kupas bawang je…”

Dalam video, difahamkan suami wanita ini terlebih dahulu mengupas kulit bawang putih tersebut sebelum dimasukkan ke dalam plastik untuk ditimbang dan dibayar.

Susulan sikapnya itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati, namun dibalas dengan jawapan agak kurang senang dari empunya video.

“Fikir orang belakang & untung peniaga…”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen kesal dengan kelakuan suami wanita ini yang disifatkan sangat menyusahkan pembeli dan pekerja di pasar raya tersebut.

Malahan ada yang mencadangkan agar membeli bawang putih yang telah siap dikupas, dari bersikap begini.

“Kadang terfikir halal ke pembelian mereka buat macamni…”

“Menyusahkan orang lain…”

“Sis better beli yang dah siap kupas…”

Sumber : Redaksi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*