“Berapa kali nak ajar. Tak faham2 ke?” – Majikan geram, marah pekerja sambil rakam undang simpati ramai

Sebagai majikan, tidak salah untuk menegur atau memarahi sikap pekerja yang tidak mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan.

Namun begitu, janganlah sesekali memalukan mereka di hadapan orang ramai…

“Buat la betul2, nanti customer bising kat aku…”

Demikian perkongsian seorang majikan di Tiktok yang sedang memarahi pekerjanya kerana ‘kecuaian’ pekerja yang tidak memasak dengan betul.

“Berapa kali nak ajar…”

Dalam video, wanita ini dilihat menegur pekerjanya yang namun apa yang membuatkan ramai bengang adalah, caranya yang merakam dan memuat naik di sosial media buat ramai tidak senang dan kasihan pada pekerja tersebut.

“Kalau hari2 bebel macamni, nak kerja pon tak senang…”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang mengecam tindaka majikan ini yang memarahi pekerjanya sambil dirakam malahan dimuat naik ke sosial media.

 

Ramai menyifatkan konten yang dibuat sebagai sesuatu yang tidak patut memandangkan ianya memalukan pekerja tersebut.

“Kalau saya kena marah camtu, tinggal terus…”

“Dia nak buat marketing kot, tapi taktahu customer tak suka konten marah2…”

“Jangan ingat awak tu bos, boleh marah2…”

 

Sumber :Redaksi.com.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*