Hasil Bedah Siasat Tangmo Tidak Menemukan Tanda Dipukul

Hasil bedah siasat selebriti televisyen (TV) terkenal Thailand Pattarathida ‘Tangmo‘ Patcharaveerapong mendapati tiada tanda-tanda yang menunjukkan wanita berkenaan dipukul, lapor Bangkok Post.

 

Doktor di Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis yang melakukan bedah siasat berkata, dia memeriksa rongga mulut Tangmo dan mendapati tiada gigi yang patah selain pemeriksaan tengkorak wanita itu tidak menemui tanda-tanada trauma akibat objek keras.

 

Prosedur itu dibuat setelah seorang pelakon yang turut menjadi sukarelawan pencarian Tangmo memberitahu program TV tempatan bahawa wajah wanita itu mungkin dipukul objek keras.

 

Sukarelawan tersebut adalah antara yang pertama melihat mayat Tangmo dan mengatakan terdapat kesan lebam di sekeliling mata kanan Tangmo, di samping beberapa puntung gigi wanita itu yang kelihatan patah.

 

Ketua Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis, Supichai Limsiwawong berkata, mayat Tangmo mengalami beberapa kesan luka, terutamanya luka dalam di bahagian peha kanan seperti yang dimaklumkan doktor forensik.

 

Walau bagaimanpun, pihaknya masih belum menerima laporan berkenaan apa-apa kecederaan di bahagian kepala dari hasil bedah siasat Tangmo.

Menurut Limsiwawong, sampel tisu dari tubuh Tangmo telah dihantar ke dua hospital berbeza untuk diperiksa dan masih menunggu keputusan.

 

Tangmo meninggal dunia pada usia 37 tahun selepas terjatuh dari bot laju kira-kira jam 10.40 malam pada 24 Februari lalu ketika bersama lima lagi individu lain di Sungai Chao Phraya.

 

Dua individu termasuk pemilik dan pengendali bot bagaimanapun telah disabitkan bersalah atas kecuaian yang melibatkan kematian pelakon wanita itu.

 

Sebelum itu, ibu Tangmo didakwa mahu proses bedah siasat ke atas mendiang dilakukan semula kerana mendakwa terdapat beberapa keraguan mengenai pembedahan bedah siasat kali pertama yang dilakukan ke atas anaknya.

 

Sumber : Siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*