Kereta Mewah Rolls-Royce Tersepit Antara 2 Lori, Tapi Keadaan Pemandu selamba keluar bawa beg jadi bualan..

KENDERAAN mewah berprestij sentiasa menitikberatkan kualiti setiap model kereta yang dikeluarkan dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Jadi tidak terkejutlah apabila melihat segelintir hartawan Malaysia membelanjakan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit untuk memiliki kenderaan tersebut.


 

Baru-baru ini tular rakaman video dan gambar-gambar menunjukkan sebuah model Rolls-Royce Ghost terhimpit di antara dua buah lori treler. Bagaimanapun, pemilik kereta mewah tersebut dilihat mengambil beg silang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

Rakaman yang tular,

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) pada tengah hari semalam sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh 7.5km dari arah Sungai Perak menuju ke Ipoh Utara.

Menerusi beberapa hantaran komen pada video TikTok yang sedang tular ketika ini, lori treler belakang berada di lorong kanan sekali kerana pemandu mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan ekoran terdapat masalah pada brek angin lori terbabit.

Bagaimanapun, lori treler tersebut ‘terpantul’ semula ke tengah jalan menyebabkan ia merempuh belakang sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada dihadapan nya.

Pada masa sama, netizen turut memuji ketahanan model Rolls-Royce Ghost tersebut kerana struktur lasak yang langsung tidak menjejaskan ruangan kabin penumpang telah menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang kereta tersebut.

Ciri-ciri keselamatan yang baik antara faktor utama mengapa Rolls-Royce mampu menjual kenderaan mereka dengan harga bernilai mencecah antara lebih RM1 juta hingga RM3 juta dan menjadi kenderaan rasmi pilihan para VIP di seluruh dunia.

Reaksi warga maya,

Sumber : Akupapankekunci

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*