Orang lain sibuk uruskan pemakaman Tangmo, netizen nampak Panida shopping sakan siap pakai jam mendiang?

Hari ini dikhabarkan akan diadakan upacara pemakaman aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida bermula jam 6.30 petang hingga 8.30 malam. Dikhabarkan upacara tersebut akan diadakan selama 3 hari berturut-turut dari Jumaat hingga Ahad.

Saudara mara dan kenalan bakal memberi penghormatan terakhir sebelum mendiang dibawa ke Gereja Liberty Bangkok untuk acara pembakaran mayat.

Nampak Panida (ibu Tangmo) shopping sakan
Dalam pada orang lain sedang bertungkus lumus membuat persiapan upacara pemakaman tersebut, tular satu video menunjukkan Panida yang sedang sakan membeli belah..

Bukan itu sahaja, malahan Panida dilihat memakai jam tangan mewah mendiang Tangmo sepanjang dia berjalan-jalan di pusat beli belah!.

Dulu cakap sedih sangat sampai pengsan bila dapat tahu berita Tangmo, sekarang…
Terdahulu, video Panida pernah tular ketika dia dikhabarkan pengsan gara-gara terlampau tertekan saat mendapat tahu tentang kematian tragis anaknya, Tangmo.

Dia telah rebah di hadapan puluhan anggota polis, media dan orang awam.


Netizen geram, dakwa cuma pura-pura pengsan, drama queen saja
Susulan video pengsan yang tular, ramai yang mendakwa Panida cuma berpura-pura kerana tiba-tiba dia dikhabarkan telah memafkan pelaku di samping menerima wang 30 juta baht sebagai pampasan kematian Tangmo.

Panida nafi dakwaan pura2, mengaku memang anxiety
Akibat banyak tuduhan dan kecaman dilemparkan, Panida telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia benar-benar mengalami anxiety dan tekanan susulan kes kematian anaknya.

Dia juga menafikan tuduhan orang ramai mengatakan dia pura-pura pengsan dan masih belum boleh menerima kenyataan bahawa Tangmo telah tiada.

Sumber :Redaksi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*