Saling ‘berangkat’, pemuda tak sangka akhirnya kakak angkat sah jadi peneman hidup

Pertemuan jodoh setiap orang itu berlainan. Ada yang baru berkenalan tiga bulan terus dilamar menjadi isteri malah ada juga yang kenal bertahun-tahun barulah berakhir di jinjang pelamin.

Hal yang sama dilalui pasangan ini apabila mengimbau kembali kenangan mereka menjadi adik beradik angkat beberapa tahun yang lalu.

“Bila dah jodoh tak ke mana.”

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @amirulizzhar ini berkongsi detik perkenalan dia dengan isterinya.

Menurut @amirulizzhar, pada awalnya mereka sekadar adik beradik angkat secara suka-suka sekitar tahun 2014.

Bagaimanapun, tidak disangka apabila kakak angkatnya itu bergelar isteri yang sah buatnya pada tahun 2021 lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. Malah, ada juga yang berseloroh mencari adik beradik angkat agar hubungan berakhir ke jinjang pelamin.

Sama-sama terangkat,

Sumber :redaksi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*