Lama tenung tangga, gelagat kucing Tangmo di rumah undang tanya. -“Dia nampak apa?”

Meskipun tidak pernah bersua, bahkan tidak juga mengenalinya sebelum ini, namun nama Tangmo Nida terus menjadi sebutan dalam kalangan orang ramai terutamanya di Malaysia.

 

Ia tidak lain pastinya selepas tular kes kematian aktres Thailnad berusia 37 tahun itu pada bulan lalu.

Gelagat kucing peliharaan Tangmo undang tanya

Semenjak dari itu, pelbagai perkongsian dari netizen menjadi perhatian termasuklah ‘moment’ sewaktu hidupnya dahulu sehingga tanpa sedar air mata ikut mengalir mengenangkan nasib malangnya.

 

Selepas pemergian Tangmo, gelagat dua ekor kucing peliharaannya pula menjadi perhatian selepas pemilik akaun Tiktok berkongsi kejadian itu.

Lama tengok sudut tangga

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor kucing hitam dan coklat keemsan merenung lama ke arah tangga.

 

Berdasarkan sudut yang dibulatkan dengan tanda merah, memungkin orang ramai ada sesuatu dilihat oleh kucing itu yang mana ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia.

 

“Dia nampak tuannya”

Mungkin ada yang akan meremang, namun tidak bagi sebahagian warga netizen apabila mereka meluahkan rasa sedih melihat kejadian itu.

“Kesian kucing tu”

Nampaknya, dua ekor kucing kesayangan mendiang juga turut terkesan dengan kehilangan tuannya yang selama ini menjaga dan membelainya dengan penuh kasih.

Sumber :Redaksi.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*