
‘Sudahlah pentingkan diri, alih-alih dia pula yang berang.’
Itulah antara komen yang dilemparkan kepada pemandu kereta jenama mewah ini susulan tular video menyaksikan lagaknya sewaktu berada di stesen minyak.
Dah pam tayar, beransurlah
Menerusi sorotan yang dikongsi, difahamkan pemandu kereta berwarna hijau itu enggan beralih selepas menambah angin tayarnya, walaupun tahu ada kereta lain sedang menunggu giliran.
Lebih santai, dia sempat mengambil gambar rim tayar keretanya sebelum ditegur oleh salah seorang staf stesen minyak yang berada di situ.
Cucuk kereta orang pula
Walaubagaimanapun, konfliknya tidak terhenti di situ apabila pemandu terbabit mengikuti pula kereta milik wanita ini sehingga ke luar stesen minyak dan mencucuk-cucuk sepertinya sedang memprotes.
Pun begitu, wanita ini mengalah dan membiarkan sahaja sehingga pemandu kereta mewah itu yang dipercayai seusia anaknya berlalu pergi
“Bawa polis je kak”
Geram melihat sikap pemandu berkenaan, rata-ratanya meminta agar wanita ini membuat laporan polis sahaja memandangkan semua bukti sudah tersedia.
Malah, tindakannya juga sudah melampaui batas, walhal tiada masalah besar pun untuk dia menunjukkan protes seperti itu yang mana mungkin akan menyebabkan berlaku kemalangan lain pula.
Sumber :Redaksi
Leave a Reply