Masuk Islam lepas gadis letak syarat kahwin, ramai pula pertikai niat lelaki tukar agama

Apabila mendengar khabar ada individu memeluk Islam, tumpang seronok rasanya kerana telah hadirnya saudara baru.

“Kalau suka aku, dekati Tuhan aku”

Namun, lain pula perspektif yang ditunjukkan kepada pemuda ini selepas dia bergelar seorang mualaf.

Demikian adalah kerana mendapati kekasihnya meletakkan syarat sekiranya ingin mendekatinya perlu sekufu yang membawa maksud lelaki itu perlu menukar agama asalnya kepada Islam.

“Dia mualaf bukan sebab aku”

Walaubagaimanapun, menurut pemilik akaun yang juga merupakan kekasihnya, keputusan lelaki itu memeluk Islam bukan disebabkan syarat tersebut tetapi kehendaknya sendiri

“Cintamu pada Tuhan disebabkan makhluk?”

Pun begitu, masih ada juga yang mempersoalkan niat lelaki itu memeluk Islam sehingga beranggapan dia seorang yang lemah iman kerana goyah hanya disebabkan seorang wanita..

“Imanmu tak kuat”

“Alhamdulillah, moga istiqamah”

Namun begitu, sebahagian darinya menyambut baik kehadirannya dalam Islam selain berharap agar lelaki itu istiqamah dengan niatnya.

Sumber : Redaksi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*