“Biadap Satu Hal, Sumpah Selekeh” – Lelaki Dikritik Kacau Latte ‘Art’ Kawan Ketika Ambil Gambar

Seorang lelaki menerima kritikan ramai warganet gara-gara sebuah video yang tular di TikTok.

Video yang dimuat naik pada Januari lepas menjadi tular di Twitter dan tindakannya telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat merakam rakannya yang sedang mengambil gambar ‘latte art’ yang dipesan di sebuah restoran.

Ketika rakannya berbuat begitu, dia tiba-tiba terus mengambil sudu dan ‘menghancurkan’ corak pada permukaan air kopi tersebut.

Tindakannya mendapat kritikan malah ada yang menganggap ianya biadap kerana bergurau dengan cara sebegitu.

Kata netizen, apa yang dilakukannya itu sama sekali tidak kelakar dan berpendapat ramai orang tidak boleh membezakan sama ada tindakan mereka lawak atau kurang ajar.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen di TikTok, lelaki berkenaan ada menjelaskan bahawa ‘prank’ itu sebenarnya telah dirancang.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sumber : Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*